Saturday, 26 March 2011

Jangan Terbang Terlalu Tinggi

      Cuaca sekarang nie memang tak menentu. Ada masanya panas berpanjangan. Ada ketikanya,disaat suhu panas menyelubungi, tiba-tiba saja hujan datang menyerbu. Yer-cuaca mmang sukar untuk diramalkan secara tepat biar pun teknologi canggih mana pun.
      Emmm,mesti ada yang tertnya mengapa intro Eira kli ini berkaitan dengan cuaca? Ala takde apa pun lah. Saja nk peka soal cuaca. Memang lah masa suhu tengah panas, ramai yang mengharapkan hujan trundan bakal menyejukkan suasana. Eira pun begitu juga tetapi Eira harap hujan tidaklah turun dengan lebat hinnga menyebabkan bencana alam seperti banjir yang berlaku di utara dan pantai timur Semananjung Malaysia. Apa pun.. siapalah kita untuk menidakkan takdir Illahi.
      Ok lupakan sejenak mengenai cuaca yang tak menentu. Eira nak bercerita mengenai orang yang bercita-cita tinggi. Bagi Eira memang tak salah kalau kita bercita-cita tinggi . Ia mampu merangsang diri kita sendiri untuk mencari jalan bagaimana hendak merealisasikan cita-cita itu. Cuma apa yang Eira ingin katakan, janganlah kerana cita-cita yang tinggi melangit itu, membuatkan ada orang lain yang rasa ditindas.
      Ini berdasarkan kisah duka seorang kawan Eira. Dia bekerja di sebuah production house hampir 5 tahun semenjak syarikat itu mula beroperasi. Tugasnya mandapatkan projek-projek komersial dari para pelanggan yang terdiri daripada syarikat korporat. Memang dah banyaklah projek-projek kawan Eira berjaya dapatkan. Baru-baru ini, ada seorang ahli lembaga pengarah baru menyertai syarikat itu. Si mamat ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya, bak kata kawan Eira tu lah. Apa-apa projek kalau berjaya, dia mahu namanya yang dijulang tinggi biarpun bukan dia yang jalankan projek tersebut. Kalau projek itu bermasalah, amboii macam naga yang mengganas, dia melaharkan api kemarahannya tak tentu pasal.
       Projek terkini yang kawan Eira uruskan ini memang dari syarikat korporat berprofil tinggi. Kawan Eira ni lah yang dok lobi syarikat tersebut hampir setahun untuk mendapatkannya. Bila berjaya, kaawan Eira dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya. Baru suku tempoh projek ini berjalan , si mamat tadi yang memang terkenal dengan gelaran Conman tu sibuk nak masuk campur. Habis dia bawak masuk kroni-kroninya yang kurang berpengalaman@ dalam bahasa lainnya kurang tahu buat kerja. Lepas tu team kawan Eira pulak menjadi kuli batak mereka. Silap sikit saja, ambik! Terus kena 'tembak bertubi-tubi'! Memang tak tahanlah dengan sikap mamat dan kroninya tetapi sampai satu peringkat, bila hasil kerja dan tahap kreativiti disekat tanpa alasan, maka kawan Eira pun hilang ketidakpuashatinya kepada pihak pengurusan syarikat. Tetapi memang silap besarlah kawan Eira buat camtu. Mana tidaknya, pihak pengurusan sudah tentu menyebelahi Conman tu, ala nama pun ahli lembaga pengarah, saham mesti besar dan pengaruh mesti didengari! Akhirnya kawan Eira pulak kena pecat.
        Dan si Conman mengubal semula perjalanan projek tersebut tetapi kurang disenangi pelanggan. Atau dalam bahasa lainnya,projek tersebut yang menelan belanja ratusan ribu hampir punah ranah! Paling 'bestnya', si Conman ni menyalahi kawan Eira . Dia cakap kawan Eira lah punca kepincangan projek ini, habis dijajanya cerita buruk mengenai bekas stafnya itu. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak sedar, sikapnya itu umpama membuka pekung di dada. Apabila semakin ramai klien mula mengenali belang si Conman itu
        Eira macam pelik jugalah bagaimana seseorang individu yang baru berusia 20an berjaya memegang jawatan ahli lembaga pengarah. Kawan Eira menjawab, " Dah company tu, pak cik dia yang punya. Pak cik dia takde anak.. Itulah pasal yang dia dapat jawatan tu. Konon sebagai pelapis, tapi sebenarnya pelingkup adalah!" Alahai spesis macam ini.. Pasanglah cita-cita setinggi mana pun, tapi janganlah sampai menindas orang lain. Sebab dari pengamatan Eira, spesis begini yang suka 'terbang' terlalu tinggi lambat laun,alan jatuh ke tanah jua. Jadi biarlah berpada-pada. Jangan lupa diri. Kena selalu beringat, berpijak di bumi yang nyata....

No comments:

Post a Comment